Berkat doa dan bantuan saudara/saudari semua, rumah baru akan di bina untuk membantu nenek ini bersama dengan dua cucunya.

Di sertakan gambar terbaru rumah yang sedang dibina.

Rumah akan dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan Februari 2021 bergantung kepada keadaan cuaca di sana. Insha Allah. 😊😊

Jazakamullah khayr sekali lagi pada semua penderma.

Semoga Allah S.WT terus membantu saudara/saudari semua, di murahkan rezeki dan sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNYA.

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambah dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim).

Pada 25 Nov 2020, Mercy Mission Malaysia telah melancarkan kutipan derma untuk membantu saudara kita di Sabah untuk membaiki rumahnya yang usang. Boleh rujuk di sini.