Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.

Riwayat al-Tirmizi (807)

Iftar pada tahun ini berlaku di zaman yang mencabar. Kenaikan harga barang, kehilangan pekerjaan akibat masalah ketentuan ekonomi yang tidak menentu dan di tambah pula kos sara hidup yang tinggi amat memberi kesan kepada kita semua.  Malah, kisah kisah saudara kita di luar Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Perang di dalam negara, kebuluran, kehilangan tempat tinggal dan masalah kemiskinan tegar sering berlaku di negara yang majoritinya penduduk Muslim. Ini memberi kesan kepada kita semua.

Terdapat sebuah hadis yang menggambarkan keutuhan dan kekukuhan persaudaraan sesama umat Islam yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

MaksudnyaPerumpamaan golongan yang beriman pada sifat berkasih sayang, saling merahmati, dan saling membantu adalah seperti suatu badan. Apabila ada anggota badan yang sakit, ia menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat tidur dan juga menjadi demam.

Riwayat al-Bukhari (5665) dan Muslim (2586)

Di bulan Ramadan ini, marilah kita membantu mereka agar mereka dapat menikmati Ramadan dengan lebih gembira. Berilah mereka sedikit keceriaan terutamanya bila tibanya waktu iftar agar mereka dapat lupakan sementara dugaan yang berlaku di kehidupan mereka. Di waktu kita menikmati Ramadhan dengan berbagai juadah makanan yang pelbagai lauk dan makanan, ada yang terpaksa masih berlapar dan hanya minum air kosong untuk membuka puasa. BANTULAH SAUDARA KITA.

Sasaran sumbangan iftaruntuksemua pada tahun ini adalah RM200,000.

Di Malaysia, iftar akan di lakukan di hampir setiap negeri di Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan menghadapi cabaran hidup. Harapan kami agar dengan pemberian iftar ini dapat meringankan beban mereka dan mendatangkan keceriaan buat mereka di bulan yang mulia ini.

Pek makanan dan bakul makanan juga akan di edarkan kepada negara-negara yang mengalami masalah seperti perang saudara dan juga konflik dalaman yang telah menyebabkan rakyat mereka telah menjadi pelarian di negara mereka sendiri (Internally Displaced Person) seperti di Yaman dan Syria.

Masyarakat Melayu di Kampung Cham, Kemboja yang miskin dan daif juga akan  mendapat bantuan bakul makanan di bulan yang mulia ini agar dapat meringankan beban mereka dalam melalui kehidupan dan agar mereka dapat fokus sahaja kepada ibadah di bulan Ramadan ini.

Iftar juga akan di berikan kepada masyarakat Muslim di wilayah Arakan, Myanmar yang miskin dan mengalami kesulitan dalam mendapatkan bekalan makanan, Masyarakat Rohingya di sana seringkali ditindas dan tidak di lihat sebagai sebahagian dari masyarakat Myanmar. Malah, mereka juga di kenali sebagai minoriti yang paling teraniaya di dunia.

Kongsi kegembiraan iftar

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ

Maksudnya: Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya.

Riwayat al-Tirmizi (696)

Penafian

  • Mercy Mission Malaysia akan menetapkan sendiri lokasi pengagihan makanan.
  • Penyumbang boleh memberi cadangan untuk lokasi sumbangan akan tetapi keputusan mutlak untuk pengagihan akan ditentukan oleh Mercy Mission Malaysia.
  • Untuk pertanyaan boleh hubungi kami +6018-3254185 (Br. Effuan)
  • Sekiranya terdapat larangan undang-undang dari pihak berkuasa tempatan, Mercy Mission Malaysia akan agihkan pada negara yang tiada larangan undang-undang.

Untuk sumbangan secara manual/ transfer/ CDM boleh bank in ke akaun di bawah

Bank : CIMB

Nama : Mercy Mission Malaysia

No Akaun : 8600669184

Sila letakkan reference “IFTAR2023

Contact us for any queries