“AIR PUN HARAP AIR HUJAN. MANDI PUN TUMPANG KOLAM ORANG”
UPDATE: Jazakumullah Khairan kepada semua penderma projek ini. Jumlah hasil terkumpul akan di serahkan kepada wakil kami di Sabah. Kami akan memberikan perkembangan dari semasa ke semasa terhadap pembaikan rumah ini. Sekali lagi, Semoga Allah SWT membalas jasa baik tuan/puan semua dalam membantu saudara kita di dalam kesusahan.
Nenek ini menjaga 2 orang iaitu seorang anak beliau dan seorang lagi cucu beliau. Anaknya kini berumur 17 tahun manakala cucu beliau tidak mampu sekolahkan.
“Macammana mahu hantar cucu ke sekolah. Kos penghantaran sebulan sahaja sudah RM 100 sebulan”.
Keadaan rumahnya sangat usang. Dindingnya sudah buruk, tingkap pun tiada. Malah, tiang yang menampung rumah ini pun sudah kelihatan senget.
Bilik mandi dan tandas juga tiada.
Rasa sedih hati kami apabila melihat keadaan rumah nenek ini. Di saat kita sedang tidur selesa di rumah, ada yang masih lagi tidur bersedih di malam hari mengenangkan ujian dan dugaan yang menimpa diri.
Di sini kami dengan rendah diri menjemput saudara dan saudari untuk membantu keluarga ini. Kami menyasarkan bantuan sebanyak RM 8,970. Ini adalah untuk tujuan:
- Membina tandas dan tempat mandi = RM 980
- Membina tangki septik = RM 310
- Membina tangki air = RM 380
- Membina kolam tadahan = RM 300
- Membaik pulih bumbung = RM 1,200
- Membaik pulih tingkap dan menukarnya dengan tingkap baru. = RM 500
- Menggantikan papan lapis siling dan dinding luaran dan dalaman = RM 1,500
- Membaik pulih tangga yang sedia ada. = RM 500
- Menggantikan lantai yang telah rosak = RM 500
- Membeli barang elektrik dan pemasangan wayar = RM 800
- Upah Pekerja = RM 2,000
Sila kongsikan kepada mereka agar tidak ada yang terlepas dalam melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.
“Sesungguhnya Allah akan selalu menolong seorang hamba selama mana dia gemar menolong saudaranya” (HR. Muslim)
Recent Comments