Heartfelt Thanks to Our Generous Donors

On 27th March 2025, Mercy Mission Malaysia lovingly delivered the much-needed machine for little Ridhuan. Alhamdulillah, thanks to your kindness and generosity, we were able to provide an Oxygen Machine and an Enteral Feeding Tube for little Ridhuan. His parents are beyond grateful and shared their heartfelt relief:

Alhamdulillah, we can now celebrate Hari Raya with peace of mind. Before this, we were so worried about how to afford this machine. Right now, we are only borrowing the current machines from the hospital and will have to return them by April. We can’t thank you enough—we’re truly at a loss for words.

Here is a heartfelt moment of his family receiving and unboxing the new machine—one that brings them hope and relief.

Thank you for your kindness. Your generosity has truly made a difference. May Allah bless you abundantly. 💖

Here is the story of Adik Ridhuan/ Kisah adik Ridhuan

Sukar untuk terima kenyataan, bila doktor kata anak saya…” – ibu Ridhuan

Adik Mohamad Ridhuan merupakan seorang bayi yang lahir dengan cabaran kesihatan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang luar biasa. Ketika dalam kandungan lagi doktor telah memberitahu ibubapanya bahawa bayi yang bakal dilahirkan itu menghidapi Sindrom Down (Down Syndrome). Namun, selepas kelahirannya ada beberapa penyakit yang lain mengiringinya iaitu jantung berlubang dan bengkak, dan masalah paru-paru.

Dalam tempoh 1 ke 4 bulan kelahirannya, tubuh kecil adik Ridhuan telah melalui sesuatu yang amat menyakitkan. Dua pembedahan besar pada saluran pernafasannya terpaksa dilakukan akibat komplikasi jantung dan paru-paru. Bayangkan tubuh sekecil itu, terbaring di atas katil hospital, bertarung nyawa dengan wayar-wayar dan tiub disambung ke tubuhnya. Setiap tangisan kecilnya seperti meminta tolong, setiap nafasnya seperti perjuangan yang tak pernah berhenti.

Sukar untuk terima kenyataan, bila doktor kata anak saya mungkin tidak akan bertahan lama. Doktor kata, rakam lah memori bersama Ridhuan sementara dia masih bernyawa” kata ibu Ridhuan.

Syukur, kedua-dua pembedahan tersebut berjaya menyelamatkan nyawanya. Namun, ujiannya tidak ternoktah disitu. Sehingga hari ini, adik Ridhuan bergantung sepenuhnya kepada mesin Enteral Feeding Pump untuk makan dan minum. Tidak seperti bayi lain yang dapat menyusu dalam pelukan ibu mereka, Ridhuan hanya mampu mendapatkan zat melalui tiub kecil yang disalurkan ke dalam tubuhnya.

Setiap malam, ketika kanak-kanak lain tidur lena, adik Ridhuan harus berjuang bernafas dengan bantuan mesin oksigen. Dia tidak seperti bayi lain yang bebas ketawa dan bermain. Setiap hari adalah pertempuran untuknya, ditemani dengan lapan jenis ubat yang perlu diambil demi memastikan dia terus bertahan.

Namun, Kedua-dua mesin yang menyokong nyawanya harus dikembalikan kerana ia hanyalah pinjaman ehsan daripada pihak Hospital. Dan lebih menyedihkan, mesin-mesin ini perlu dikembalikan pada akhir April 2025.

Dilema membelenggu Ibubapa Ridhuan; dimana mereka harus mendapatkan wang untuk menampung kos pembelian mesin-mesin tersebut. Si Ayah telah berhenti bekerja demi memberikan tumpuan kepada kesihatan Ridhuan manakala si Ibu merupakan suri rumah sepenuh masa. Kini, keluarga ini hanya bergantung kepada pendapatan si Ayah membaiki motosikal di halaman rumah.

Masa semakin suntuk buat adik Ridhuan, ibubapanya buntu memikirkan masalah kewangan. Tanpa mesin-mesin ini, bagaimana dia akan terus hidup?

Hanya dengan bantuan dan keprihatinan dari insan yang berhati mulia, adik Ridhuan masih punya peluang untuk terus bernafas, untuk terus melihat dunia, untuk terus berada dalam pelukan ibu dan ayahnya. Mari kita bersama-sama membantu menyelamatkan nyawa seorang anak kecil yang masih ingin merasai kasih sayang dunia ini.

Jom Derma untuk menampung kos pembelian “Penyambung Nyawa” buat adik Ridhuan