Iftar Untuk Semua – Kemboja

Kampung Ampil merupakan sebuah kampung yang terletak di kawasan pedalaman. Ianya mengambil masa kira-kira enam ke tujuh jam dari pusat bandar Phnom Penh. Kampung ini juga dikenali sebagai kampung tradisi kerana ianya telah berusia lebih dari satu ratus tahun. Sumber pendapatan mereka diperolehi dari hasil pertanian dan menangkap ikan secara kecil-kecilan. Kebanyakan mereka tinggal dalam keadaan daif dan miskin kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Kemiskinan yang dialami oleh mereka juga menyebabkan anak-anak tertinggal jauh dalam pendidikan rasmi seperti di sekolah Kebangsaan.

Namun, situasi ekonomi semasa benar-benar memberi impak kepada mereka. Kehilangan pekerjaan disebabkan ketidakketentuan ekonomi ini menambahkan lagi kesukaran hidup mereka dalam mecari rezeki bagi menyara hidup keluarga mereka di Kemboja.  Mereka hanya mampu mendapat ihsan dari jiran tetangga yang juga terhad pendapatannya. Mereka hanya memberi apa yang ada daripada melihat warga emas terus berlapar.  Tiada saluran bantuan yang dapat menyelesaikan masalah mereka ini di Kemboja. Hanya keprihatinan dari rakyat Malaysia sahaja yang dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Bantuan demi bantuan perlu di hulurkan untuk saudara kita di Kemboja terutamanya pada bulan Ramadan ini agar mereka tidak terus berlapar dan mempunyai cukup bekalan makanan untuk berbuka puasa dan bersahur.

Tempat Tumpuan:  Kampung Ampil, Wilayah Cham

Iftar Untuk Semua – Kemboja

RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM100.00