Iftar Untuk Semua – Myanmar

Masyarakat Muslim di Myanmar terutamanya yang berbangsa Rohingya seringkali dihukum dan di aniaya oleh rejim askar di Myanmar. Malah, isu yang dikenali sebagai pembersihan etnik ini telah menyebabkan ramai Rohingya di bunuh dan di siksa.

DIsebab isu yang di hadapi oleh masyarakat Rohingya ini, hampir 75% populasi tleah melarikan diri ke Bangladesh dan meminta perlindungan di sana. Malah pada tahun November 2022, tentera Myanmar telah mengisytiharkan perkampungan Muslim di Arakan yang telah dikosongkan menjadi milik askar Myanmar di sempadan.

Kami ingin membantu mereka di sana untuk menikmati Ramadan dengan lebih baik dengan pemberian pek makanan untuk mereka berbuka puasa serta penyediaan bakul makanan yang mengandungi makanan kering agar dapat membantu mereka makan untuk sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 minggu. Semoga dengan pemberian pek iftar serta kotak makanan ini akan dapat membantu mereka untuk lebih fokus beribadah di bulan yang mulia ini.

Tempat Tujuan: Mrauk-U, Wilayah Arakan

Iftar Untuk Semua – Myanmar

RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM100.00