Situasi di Yaman masih lagi getir dan berbahaya. Keadaan ekonominya masih tidak terkawal dan harga barang yang semakin meningkat. Malah pertempuran yang berlaku di sesetengah bandar amat membahayakan penduduknya dan menyebabkan penduduknya terpaksa melarikan diri di kawasan lain di Yaman bagi mengelakkan mereka dari terbunuh.
Ini tahun yang ketiga kami telah memberikan pek makanan iftar bagi mereka yang terkesan dengan konflik dalaman yang berlaku di sana. Kehadiran kami di setiap Ramadan ternyata memberikan kesan impak yang positif bagi mereka kerana pek makanan yang kami berikan telah memberikan keceriaan dan kegembiraan buat mereka.
Tempat Tumpuan: Bandar Zabid dan Bandar Taiz