Masalah kenaikan harga barang ternyata memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Malah ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga barang asas yang memberi impak dalam kehidupan seharian mereka. Malah, kerajaan telah mengenalkan menu rahmah bagi membantu golongan rendah dan menengah bagi mengurangkan beban mereka di kala situasi ekonomi yang masih tidak menentu.
Di bulan yang mulia ini, kami ingin meraikan Ramadan dengan mereka dengan memberikan mereka pek makanan yang lebih berkhasiat dan sedap untuk mereka nikmati. Kami percaya dengan sumbangan pek makanan secara percuma ini dapat memberikan mereka kegembiraan dan peluang untuk mereka fokus beribadah dengan lebih baik di bulan Ramadan tahun ini.