Iftar Untuk Semua – Syria

Masalah ekonomi Syria yang semakin memburuk dan di tambah pula dengan masalah inflasi telah menyebabkan masalah kebuluran semakin meningkat. Ketidakmampuan mereka untuk membeli barang asas telah menyebabkan mereka terpaksa mengharapkan NGO untuk datang membantu mereka. Malah agak menyedihkan bila cara mereka menghadapi masalah ini dengan ada yang kanak-kanak di bawah umur terpaksa bekerja  untuk membantu keluarga mereka.

Kehadiran kami di sini dalam membantu masyarakat di setiap Ramadan ternyata menceriakan mereka setelah apa yang telah mereka lalui dalam kehidupan seharian mereka. Malah, apabila van kami yang datang memberikan makanan telah sampai, mereka terus datang berlari mendekati kami kerana gembira di atas kehadiran kami. Semua ini hanya boleh dilakukan dengan sumbangan dari anda yang terus menerus membantu mereka di sana yang amat memerlukan bantuan saudara Muslimnya.

Tempat Tumpuan:  Bandar Al-Hasakah dan Bandar  Jindires

Iftar Untuk Semua – Syria

RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM100.00