Pada awal Ramadan yang lalu, telah berlangsung suatu upacara ringkas bagi penyerahan kuncI rumah kepada nenek dan dua orang cucunya. Kami telah melancarkan kempen ini pada sekitar awal tahun ini dan alhamdulillah, akhirnya rumah ini telah berjaya disiapkan.
Melihat akhirnya nenek ini dapat menduduki rumah yang sempurna ternyata amat menggembirakan hati kami. Malah, nenek serta cucunya itu tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih terhadap kami di atas rumah barunya itu. Kami berharap agar rumah barunya itu akan dapat menjadikan beliau lebih selesa untuk beribadah serta menjadi tempat yang baik untuk cucunya belajar dan menambah ilmu pengetahuan.
Semua ini tidak akan berlaku tanpa sumbangan dari pihak tuan-tuan dan puan-puan. Ingatlah bahawa sedekah sesekali tidak akan mengurangkan harta seperti mana yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W,
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّه
Dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta..”(HR Muslim : No 4689)
Recent Comments