“Saya ingat ajal dah tiba…”

Pakistan Menangis!

Banjir besar yang telah melanda Pakistan sejak Jun 2022 telah menyebabkan kemusnahan yang sangat besar.  Hampir seribu lebih mangsa telah terkorban termasuk 380 kanak-kanak. Ianya berpunca daripada hujan monsoon yang lebat dan juga perubahan iklim yang ekstrem. Di katakan juga bahawa hujan yang turun adalah 500% lebih daripada biasa.

Banjir ini merupakan banjir yang terburuk di dunia malah ianya juga terburuk dalam sejarah negara Pakistan. Di anggarkan kini “satu pertiga” negara itu berada di bawah air dan bakal menjejaskan 33 juta orang. Kerajaan Pakistan telah menganggarkan kerugian sebanyak AS$10 billion setakat ini akibat banjir seluruh negara ini.

Kami di Mercy Mission dengan kerjasama bersama-sama Global Peace Malaysia ingin merayu penderma di sana agar bersama-sama dapat membantu mereka yang di uji dengan banjir ini. Mereka mengalami ketiadaan makanan akibat banjir ini. Tanah pertanian yang selalunya subur dan penuh dengan tanaman telah musnah dan menyebabkan kekurangan makanan dan harga makanan telah naik mendadak. Hampir sejuta  rumah telah musnah atau  hancur teruk, banyak jalanraya tidak boleh dilalui dan gangguan elektrik berlaku di hampir semua kawasan yang ditenggelami air.

Ayuh saudara-saudariku yang dirahmati Allah S.W.T! Marilah kita bersama-sama menunjukkan keprihatinan kita dalam membantu saudara kita yang kini teruk di uji. Setiap sumbangan kita pasti dapat membantu saudara kita di sana.

Maklumat bank kami adalah seperti berikut:

Nama Bank: CIMB Islamic
Nama Akaun: Mercy Mission Malaysia
No Akaun: 8600669184
Rujukan: PakistanBanjir

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Br. Effuan di 018-3254185

The form is not published.