Kempen Gembira ke Sekolah!

Mercy Mission Malaysia kini melancarkan kempen Gembira ke Sekolah! bagi membantu kanak-kanak yang terdiri dari golongan B40 yang berada di luar bandar ataupun bandar bagi meringankan beban ibu-bapa dalam membeli barang kelengkapan sekolah anak mereka.

Kesan COVID19 benar benar memberikan impak yang sangat besar kepada semua terutamanya kepada mereka yang terdiri daripada golongan B40.  Ada yang hilang pekerjaan dan ada yang dikurangkan gajinya. Semua ini akan memberikan kesan kewangan untuk mereka menyiapkan anak mereka ke alam persekolahan yang akan bermula nanti.

Kami berhasrat untuk membantu mereka.

Kami menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM50,000 bagi tujuan ini. Antara barang keperluan yang kami berhasrat untuk membantu ialah baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah, alat tulis, pencuci tangan serta pelitup muka.

Harapan kami agar sekurang-kurangnya 200 kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke 12 tahun akan mendapat manfaat ini dan seterusnya meringankan beban keluarga mereka. Ini juga akan dapat di jadikan pembakar semangat agar mereka terus gigih ke sekolah dan tiada wujud rasa rendah diri apabila melihat rakan-rakan sebaya mereka yang lebih bersedia untuk memulakan alam persekolahan.

Kanak-kanak ini merupakan waris kepada generasi masa hadapan. Jangan biarkan ujian yang melanda keluarga mereka akan melemahkan hasrat mereka untuk mendalami ilmu dan menjadi penghalang buat mereka daripada menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri mereka, malah untuk masyarakat disekelilingnya.

Ingatlah, kanak-kanak inilah yang akan mencorakkan masa depan negara kita.

Marilah kita berkongsi sedikit rezeki kita agar mereka lebih bersemangat untuk memulakan persekolahan nanti.

Sebarang bantuan bolehlah disalurkan kepada:-

Bank: Mercy Mission Malaysia

Nama Bank: CIMB Islamic Bank

Nombor Akaun: 8600669184

Rujukan: gembirakesekolah