SPM 2021 COVID-19 KEMPEN

COVID-19 benar benar memberikan kesan kepada kita semua terutamanya kepada para pelajar di sekolah.

Perubahan gaya dan waktu pembelajaran, pendidikan dengan menggunakan cara baru, kekangan dari segi kemampuan untuk menggunakan laptop atau peranti benar-benar menganggu mereka untuk menuntut dan mendalami ilmu.

Kini, SPM tinggal lagi beberapa hari. Peperiksaan akan diteruskan demi masa depan mereka. Dengan berbagai rintangan dan dugaan yang di alami, SPM akan tetap juga di duduki.

Namun, seperti mana yang kita ketahui, kes COVID-19 masih lagi tinggi. Malah, kes seharian mencecah ribuan kes. Virus COVID-19 sudah berada di dalam komuniti. Ianya terdapat di mana-mana. Malah, ada sekolah terpaksa di tutup sementara kerana ada pelajarnya yang positif COVID-19.

SMK Bukit Besar diarah tutup tangguh pembelajaran bersemuka calon SPM

36 pelajar SPM STPM Sabah dijangkiti COVID-19

Mercy Mission terpanggil untuk membantu pelajar SPM yang bersekolah di luar bandar. Mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli penutup muka dan pencuci tangan.

Kami ingin membekalkan penutup muka dan pencuci tangan (hand sanitizer) kepada mereka.

Kami menyeru dan merayu dengan penuh kerendahan hati agar Tuan/Puan dapat membantu mereka.

Mereka adalah penentu masa depan negara. Mereka yang bakal mencorakkan masa depan negara kita. Kita tidak mampu untuk kehilangan mereka kerana ancaman COVID-19.

Marilah kita bersama-sama membantu mereka agar mereka dapat menduduki SPM dengan tenang.

Sumbangan anda bolehlah dihulurkan di sini.

Saya ingin menyumbang

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:

Effuan https://wa.me/60183254185