“Kami bersyukur ada yang masih mengingati kami”.

Pada pertengahan bulan Januari 2021, Mercy Mission Malaysia telah bekerjasama dengan Malaysian Relief Agency (MRA) bagi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan. Kami menaiki kereta pacuan 4 roda serta menaiki bot bagi membantu keluarga orang asli yang terkesan akibat musim tengkujuh yang melanda negara. Sebanyak 20 lebih buah keluarga di bekalkan dengan barang-barang keperluan yang merangkumi barang keperluan bayi, warga emas serta kit kebersihan (hygiene kits) bagi membantu mereka.

 

 

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma.

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain”.